Zauj
Wednesday 18 May 2016 | 01:22 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Tidak perlu kau miliki wajah setampan Nabi Yusuf, atau harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman, mahupun kekuasaan sebesar kerajaan Nabi Muhammad SAW yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya engkaulah jodohku yang telah tertulis di Luh Mahfuz, pasti akan Allah tanamkan rasa kasih dalam hati kau dan aku.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan dirimu kepada Allah SWT semata mata untuk mencari keredhaanNya. Aku pasti merasa sangat bangga andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur sekiranya akulah yang ditakdirkan untuk meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Good Women For Good Men
| 01:05 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang lelaki, dan tidak dipandang oleh lelaki. Sekiranya aku tidak ingin dirimu memandang perempuan lain, maka aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku.

Aku harus memperbaiki diri dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Sang Pemilik Segala Rasa Cinta. Jika aku inginkan lelaki yang baik untuk menjadi pendamping hidupku, maka aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah telah tersurat janji Allah bahawa lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik.

Dan aku, bukanlah seorang yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah aku untuk memilih permata, sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Namun, aku juga memiliki keinginan seperti wanita solehah yang lain. Ingin dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga. Memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Dalam hidup, kita memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jika kita memilih, maka pilihlah yang terbaik untuk diri kita. Dan jika kita dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya.

Allah knows what is the best for you, and when it's best for you to have it ;)
Jodoh
| 00:47 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Jodoh
Bukan perihal siapa yang melamar lebih dahulu
Atau siapa yang sudah lebih lama dekat dengan kita
Kerana jodoh itu ketetapan Tuhan
Yang hanya datang di saat yang tepat
Juga pada orang yang tepat

Seorang Manusia Biasa
Thursday 7 February 2013 | 05:02 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Iman bukanlah setebal para ulama', hati tidaklah sekental para wali Allah. Kita mudah goyah, mudah tergelincir dari landasan kebenaran. Sekeji-keji dosa adalah apabila kita merasa berdosa saat melakukannya. Tapi iman kita kian goyah apabila nafsu mendepani akal fikiran.

Namun, pintu taubat masih terbuka seluasnya bagi hamba-hamba Allah yang telah berbuat dosa di muka bumi ini. Taubat, itulah kunci perjalanan menuju syurga abadi. Semoga dengan niat yang suci ini, membawa kita terbang ke Jannatul Firdausi.
Aku Rindu Padamu Ya Rasulullah
Saturday 22 December 2012 | 18:06 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Berkata Abu Salamah , telah berkata Abu Qatadah , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud , sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya , maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq) . Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim .

Muhasabah : Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W . Luangkan masa kalian untuk membaca .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .

Ya Allah , lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis , 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006 .

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda , Fatimah . Ketika khilaf memilih nama itu , ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah S.A.W . Alhamdulillah , doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik .

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya . Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya . Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah . Sebagai anak sulung , beliau mengambil tanggungjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik-adik yang lain . Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini .

Akak ni memang diuji dengan sakit yang tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu . Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya , tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh . Pernah satu ketika , selepas makan , beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya .

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu . Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan . Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg . Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari . Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari .

Hari-hari yang dilaluinya dipenuhi dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang berterusan menyakiti diri . Diceritakan makhluk-makhluk halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh , Zuhur dan Maghrib . Beliau telah banyak berubat di merata tempat , berjumpa doktor pakar , malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini . Tapi beliau hanya mampu bertahan . Pesan ustaznya , setiap kali beliau sakit,  banyakkan baca Surah Al-Baqarah .

Pagi Khamis itu , beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas . Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat . Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan , beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yang mampu membantu beliau untuk berdiri . Habis berwudhu' , beliau jatuh tersungkur , rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang . Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri , justeru beliau merangkak ke bilik . Sampai saja di bilik , beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut . Disebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan , “Ya Allah , kiranya mati itu baik untukku , aku redha , tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup , aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah S.A.W sendiri .”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu , sahabat-sahabatnya telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak . Malah mereka telah sedia dengan nombor telefon ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa-apa berlaku dengan izin Allah . Kira-kira jam 11 pagi itulah , ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilullah , beliau bermimpi . Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik . Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya .

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali , kira-kira 2 meter dari beliau . Wajahnya Subhanallah , indah sekali , tak dapat nak digambarkan . Beliau tertanya-tanya , siapakah orang in i? Cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya . Dirasakan seluruh kesengsaraan yang ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja . Kemudian , Hamba Allah itu mengatakan , "Assalamu’alaikum , ana Rasulullah ."

Subhanallah . Baginda Nabi rupanya ! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda . Beliau nampak dengan jelas mata Baginda Nabi , janggut Baginda , rambut Baginda , kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda . Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (Kamu sekarang berada di masjidku , Masjid Nabawi) Allahuakbar !

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata : QalAllahuta’ ala ; "InnaAllahama’ assobirin" (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar) . Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah , terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam . Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dengan penuh kesempurnaan . Nabi katakan (dalam lughahl arab, tapi diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi , dengan berkat kesabaran enti , dengan sakit yang enti tanggung selama ini , dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati , maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana .”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi , terlintas di hatinya “Ya Allah , Baginda kenal ummatnya !”. Ya Rasulullah . Ketika itu , beliau dapat merasakan baiknya Allah , memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya . Kemudian Nabi katakan lagi ; “Sampaikan salamku buat sahabat-2 seperjuangan Islam . InsyaAllah , kita semua akan berjumpa nanti .” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan ; “Ummati , ummati , ummati , ” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu . Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda ! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi .

Beliau merintih , “Jangan pergi Ya Rasulullah .” tetapi Baginda tetap pergi . Subhanallah , walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi yg mulia , Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya . Beliau sendiri tidak pasti , apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya , atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini ? Wallahualam .

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu , beliau masih dikelilingi oleh rakan-rakan yang turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah .” Beliau kemudian menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda . Semua yang mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi . Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya . Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yang dikejar di akhirat kelak .

Ya Allah , ketika itu , tiada kata yang lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya . Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yang hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat diuji oleh Allah . Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah , pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya . Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya . Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini .

Usai solat Zuhur , rasa sakit yang ditanggung makin hebat . Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa . Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru . Kalau dulu , beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan , namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis . “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yang Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi S.A.W .”

Kemudian beliau tidur . Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi , tempat yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan . Beliau katakan “Ya Allah , apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yang hina ini , rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah .” Kemudian dengan izin Allah , datang empat orang yang berpakaian serba hijau . Salah seorang daripadanya mengatakan ; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi , Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu . Kami utusan Rasululah . Nahnu khulafa’ ar-Rasyidin . Ana Abu Bakar , ini Ummar Al-Khattab , Uthman bin ‘affan dan Ali .” Subhanallah . Saidina Abu Bakar memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabat yang mulia . Beliau nampak sendiri , Saidina Abu Bakar yang amat lembut perwatakannya , Saidina Ummar dengan wajah tegasnya , Saidina Uthman yang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang agak kecil orangnya .

Para Sahabat mengatakan ; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi untuk membantu enti .” Kemudian keempat-empat mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud :

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman . Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir , mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut . Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir ." Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya . Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah . Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan , dan tidak memberi manfaat kepada mereka . Dan sungguh , mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu , nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat . Dan sungguh , sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir , sekiranya mereka tahu .”

Selesai membaca ayat itu , para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar .

Subhanallah . Waktu itu terus terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah S.W.T dengan tubuh yang baru . Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar . Saidina Abu Bakar mengatakan ;

"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian , para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya .

Selesai mimpi indah yang kedua ini , beliau bangun dari tidur dan terus duduk . Rakan-rakan sebilik pelik , kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan Alhamdulillah , dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik . “Ya Allah , penyakit ana dah sembuh .” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis . Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah , kiranya diberi tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan .”

Subhanallah ! Betapa besarnya nikmat dan ganjaran bagi orang-orang yang sabar . Allahurabbi .

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul dalam satu majlis bersama para sahabat . Tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W . 

Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W . Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar r.a , baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya . 

Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah SAW , “Bukankah kami ini ikhwanmu ?” Rasulullah menjawab , “Tidak , kamu semua adalah sahabatku . Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku . Aku sangat rindu bertemu dengan mereka .”
Semalam
| 11:12 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Serasa seakan baru semalam aku berada dalam kantung buaian dibuai ibu sehingga dapat kulihat ibu tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Serasa seakan baru semalam aku merangkak, bertatih, berjalan, berlari, terjatuh dan bangun, jatuh dan bangun, jatuh dan bangun.

Serasa seakan baru semalam aku belajar A B C, 1 2 3.

Serasa seakan baru semalam aku tidur dengan kucupan ibu berserta bisikan doa tidur dan kalimah syahadah di telingaku.

Serasa seakan baru semalam aku ketawa gembira melihat telatah adik-adikku yang baru kusedar kian membesar.

Serasa seakan baru semalam aku menangis bila ibu enggan membelikanku mainan yang ku suka.

Serasa seakan baru semalam aku berbual mesra berkongsi rasa bersama rakan-rakan sejiwa yang tiada lagi bersama.

Serasa seakan baru semalam aku jatuh cinta pada dia yang amat sukar untuk aku zahirkan rasa namun kutahu hatinya selembut sutera.

Serasa seakan baru semalam aku belajar mengenal rupa-rupa manusia dalam topeng pura-pura.

Serasa seakan baru semalam aku tahu teman saat sukar hanya 1:20 nisbahnya.

Serasa seakan baru semalam aku sedari kekayaan materi tiada erti tanpa berkongsi dan memberi.

Serasa seakan baru semalam aku mengira usiaku yang telah pergi dan apa yang telahku beri pada semua sepanjang hidupku.

Serasa seakan baru semalam aku berteleku lama memikirkan ke mana penghujungnya hidupku.

Serasa seakan baru semalam aku tahu cinta adalah titik tolak kehidupan yang hadirnya mampu menidakkan segala kesakitan dan memberi sejahtera dan harmoni pada hati.

Jangan nanti buat kesekian kalinya aku bermonolog, akukan bermula lagi dengan: “Serasa seakan baru semalam, aku meninggal dunia”. Kerana saat itu sudah tiada gunanya lagi segala usaha, tempoh masa pinjamanNya sudah tamat diguna.

Palestin, Janji DIA Benar
Friday 21 December 2012 | 22:22 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Cuba kutenteramkan jiwa dari paparan yang cukup menyesakkan minda, melihat mayat saudara seagama bergelimpangan di merata-rata dan aku tak mampu berbuat apa-apa. Dulu ketika aku masih belum cukup matang, isu Palestin ini aku tidak mengambilnya terlalu serius. Hidup terbuai dengan cerita-cerita dunia dan hiburan yang lebih diuar-uarkan dari isu Palestin ini. Ampunkan aku, Tuhan. Berikan aku peluang untuk baiki diri. Berikan kami semua kesedaran demi kesedaran dalam dunia yang penuh dengan khayalan.

Sehingga ke hari ini, melihat kemaskini tol kematian di Palestin sudah melebihi 100 orang dan 850 dilaporkan tercedera yang mana bilangan mangsa dari kanak-kanak sahaja sudah 260 dan perempuan 140. Kita di sini, sedang bergembira, leka dengan keamanan yang entah bila akan Dia tarik semula jika kita terus lupa. Aku menyeru pada semua agar isu kekejaman Israel pada Palestin ini diambil serius kerana ini isu sejagat. Darah yang mengalir dalam relung nadi mereka adalah darah yang sama dengan kita. Mereka adalah saudara kita. Sayangilah saudaramu seperti kau menyanyangi dirimu.

Pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha untuk membantu mereka. Antaranya ialah dengan menderma. Ada beberapa badan autoriti yang sah dalam menjadi orang tengah. Cari dan hulurkanlah derma pada kadar yang termampu. Biar sedikit, tetapi jika sedikit itu berserta keikhlasan, berkatnya melimpah ruah dan Allah ada cara untuk mencukupkan kita dalam yang sedikit itu. Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan memboikot produk-produk Israel. Cari senarai terkini 2012 barangan atau produk mereka. Ingat, setiap sen yang dilaburkan pada mereka digunakan untuk membeli peluru yang tembus ke dalam badan orang-orang Palestin.

Doa. Itulah senjata kita yang utama. Biar bom, biar misil, biar peluru apa sekalipun yang mereka guna, doa kita adalah penangkis. Doa kita adalah senjata yang paling kuat dan yang paling luar biasa kuasanya. Jangan lupa dalam tiap masa kita berdoa, titipkan doa buat mereka. Mereka perlukan doa kita. Jangan lokek doa. Jangan. Mereka sangat memerlukan.






Older Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :