Geng Tidak Solat
Friday 21 December 2012 | 22:04 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Masih ramai yang meninggalkan solat. Suatu kefardhuan yang paling besar dalam Islam. Orang yang tidak mengerjakan solat ni, tidak layak bernama Islam. Kerana orang yang tidak solat ialah musuh Allah, musuh malaikat, musuh para Rasul, musuh para Nabi, musuh orang yang beriman.

Tetapi kita tak pandang meninggalkan solat sebagai suatu jenayah. Bagi kita, jenayahnya ialah hisap dadah ataupun rompak dan samun. Meninggalkan solat? Takde apa. Bahkan ada orang yang dihormati walaupun dia orang yang tidak sembahyang. Hukumnya haram kita cium tangan orang yang tidak sembahyang.

Baik kita cium hidung kambing daripada kita cium tangan orang yang tidak sembahyang. Kerana orang yang tidak sembahyang telah pun dijanjikan masuk neraka Saqr. Allah hikayatkan dalam Quran, malaikat bertanya "Kenapa kamu duduk dalam api ni? Ramai sangat ni? Sampai berjuta-juta orang duduk dalam api ni?". Maka jawab mereka, "Kami bukan penjenayah hebat, kami bukan perompak bank, kami bukan perogol bersiri, kami bukan geng pancung kepala orang, cuma kami tidak solat".

Tidak solat, tak kira, anak raja, anak permaisuri, anak menteri, presiden dunia ni sekali pun, pasti Allah letak dalam neraka Saqr. Allahurabbi.







Older Post | Newer Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :