Palestin, Janji DIA Benar
Friday 21 December 2012 | 22:22 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Cuba kutenteramkan jiwa dari paparan yang cukup menyesakkan minda, melihat mayat saudara seagama bergelimpangan di merata-rata dan aku tak mampu berbuat apa-apa. Dulu ketika aku masih belum cukup matang, isu Palestin ini aku tidak mengambilnya terlalu serius. Hidup terbuai dengan cerita-cerita dunia dan hiburan yang lebih diuar-uarkan dari isu Palestin ini. Ampunkan aku, Tuhan. Berikan aku peluang untuk baiki diri. Berikan kami semua kesedaran demi kesedaran dalam dunia yang penuh dengan khayalan.

Sehingga ke hari ini, melihat kemaskini tol kematian di Palestin sudah melebihi 100 orang dan 850 dilaporkan tercedera yang mana bilangan mangsa dari kanak-kanak sahaja sudah 260 dan perempuan 140. Kita di sini, sedang bergembira, leka dengan keamanan yang entah bila akan Dia tarik semula jika kita terus lupa. Aku menyeru pada semua agar isu kekejaman Israel pada Palestin ini diambil serius kerana ini isu sejagat. Darah yang mengalir dalam relung nadi mereka adalah darah yang sama dengan kita. Mereka adalah saudara kita. Sayangilah saudaramu seperti kau menyanyangi dirimu.

Pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha untuk membantu mereka. Antaranya ialah dengan menderma. Ada beberapa badan autoriti yang sah dalam menjadi orang tengah. Cari dan hulurkanlah derma pada kadar yang termampu. Biar sedikit, tetapi jika sedikit itu berserta keikhlasan, berkatnya melimpah ruah dan Allah ada cara untuk mencukupkan kita dalam yang sedikit itu. Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan memboikot produk-produk Israel. Cari senarai terkini 2012 barangan atau produk mereka. Ingat, setiap sen yang dilaburkan pada mereka digunakan untuk membeli peluru yang tembus ke dalam badan orang-orang Palestin.

Doa. Itulah senjata kita yang utama. Biar bom, biar misil, biar peluru apa sekalipun yang mereka guna, doa kita adalah penangkis. Doa kita adalah senjata yang paling kuat dan yang paling luar biasa kuasanya. Jangan lupa dalam tiap masa kita berdoa, titipkan doa buat mereka. Mereka perlukan doa kita. Jangan lokek doa. Jangan. Mereka sangat memerlukan.






Older Post | Newer Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :