Semalam
Saturday 22 December 2012 | 11:12 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Serasa seakan baru semalam aku berada dalam kantung buaian dibuai ibu sehingga dapat kulihat ibu tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Serasa seakan baru semalam aku merangkak, bertatih, berjalan, berlari, terjatuh dan bangun, jatuh dan bangun, jatuh dan bangun.

Serasa seakan baru semalam aku belajar A B C, 1 2 3.

Serasa seakan baru semalam aku tidur dengan kucupan ibu berserta bisikan doa tidur dan kalimah syahadah di telingaku.

Serasa seakan baru semalam aku ketawa gembira melihat telatah adik-adikku yang baru kusedar kian membesar.

Serasa seakan baru semalam aku menangis bila ibu enggan membelikanku mainan yang ku suka.

Serasa seakan baru semalam aku berbual mesra berkongsi rasa bersama rakan-rakan sejiwa yang tiada lagi bersama.

Serasa seakan baru semalam aku jatuh cinta pada dia yang amat sukar untuk aku zahirkan rasa namun kutahu hatinya selembut sutera.

Serasa seakan baru semalam aku belajar mengenal rupa-rupa manusia dalam topeng pura-pura.

Serasa seakan baru semalam aku tahu teman saat sukar hanya 1:20 nisbahnya.

Serasa seakan baru semalam aku sedari kekayaan materi tiada erti tanpa berkongsi dan memberi.

Serasa seakan baru semalam aku mengira usiaku yang telah pergi dan apa yang telahku beri pada semua sepanjang hidupku.

Serasa seakan baru semalam aku berteleku lama memikirkan ke mana penghujungnya hidupku.

Serasa seakan baru semalam aku tahu cinta adalah titik tolak kehidupan yang hadirnya mampu menidakkan segala kesakitan dan memberi sejahtera dan harmoni pada hati.

Jangan nanti buat kesekian kalinya aku bermonolog, akukan bermula lagi dengan: “Serasa seakan baru semalam, aku meninggal dunia”. Kerana saat itu sudah tiada gunanya lagi segala usaha, tempoh masa pinjamanNya sudah tamat diguna.


Older Post | Newer Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :