Semarak Cinta Rasulullah S.A.W
Friday 21 December 2012 | 14:32 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaika Ya Rasulullah. Tiada hari yang paling indah, semerbak harum kasturi mewangi. Hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah, seluruh alam bersinar cahaya. Lahirnya bayi yang indah amat sempurna. Aminah mendakap penuh kasih sayang, yatim yang suci anak Abdullah.

Assalamualaika Ya Rasulullah. Airmata tiada akan tertahan apabila ingat pada dirimu. Indah wajahmu Sang Rembulan menjadi kelam. Indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya. Indah akhlakmu Sang Matahari redup bercahaya. Indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak. Indah rambutmu hitam ikal yang rapi. Indah matamu memancar sinar cinta. Berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan. Gagah tanganmu menyantun setiap insan. Kuat kakimu menghayun langkah menyelamat ummat akhir zaman.

Assalamualaika Ya Rasulullah. Mengalir air jernih tanpa tertahan. Lantaran cinta dan rindu tiada terperi. Merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku, jika kerinduan tiada kau tawarkan. Keindahan syurga tiada mengubat diriku, jika wajahmu tiada ku pandang.

Assalamualaika Ya Rasulullah. Apakah makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki, jika engkau tiada tersenyum melihatnya. Apakah makna kenikmatan syurga, jika engkau tiada dapat dipandang. Apakah makna di setiap nafasku, jika engkau memalingkan wajahmu.

Ya Allah, hidupkan cinta dalam jiwa ini pada Rasulullah Rahmatulilalamin. Semoga dengan cinta nan suci ini, membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi. Penuh kebahagiaan menatap wajahnya, mendengar kalimahnya "Engkaulah ummatku". Biarpun sedetik sudah memadai. Namun selamanya adalah yang ku impikan.

Assalamualaika Ya Rasulullah, Assalamualaika Ya Habibullah.


Older Post | Newer Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :