Tersenyumlah Wahai Hati
Thursday 20 December 2012 | 18:39 | 0 comments
ASSALAMUALAIKUM

Saat kita menempuhi onak duri dunia, derita sekali-sekala mencuit hati. Hati remuk menangis tidak henti. Kesedihan terus-menerus bersemadi di dasar hati. Ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Dalam kepiluan, air mata tertumpah jua.

Wahai hamba Ilahi, begitulah kehidupan di dunia. Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang ALLAH aturkan untuk kita. Adakalanya kita teramat gembira, adakalanya kita teramat kecewa. Namun, jangan risau wahai manusia. ALLAH itu Tuhan kita. Tuhan yang maha luas kasih sayangNya. Percayalah.

ALLAH tidak akan menduga hambaNya, kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana, tertawa disana, berbahagia di sana, In Sya Allah di syurga. Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak ALLAH SWT. Wahai hamba ALLAH, jangan bersedih. Kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi manfaat pun pada keesokan harinya.

Kesedihan demi kesedihan, bakal membuat anda semakin terperuk dalam putus asa dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada ALLAH untuk kita raih syurgaNya yang teramat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.

Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit. Makanan yang lazat terasa hambar. Mawar yang mekar mewangi kembali layu. Ingatlah tangisan terindah itu apabila titis-titis airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi ALLAH, dan begitu berdosanya kita di sisi ALLAH.

Wahai hamba ALLAH, lihatlah disekelilingmu dan teguhkan pendirianmu. Sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa. Senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan. Jadikan tauladan. Segala yang kau pandang, yang kau dengar, simpan. Buat pedoman.

Tersenyumlah :)




Older Post | Newer Post
Lady Boss ✿


Hello :) Qaa's here . Malaysian . I took the first breath on 10th December 1996 . My mom raised me to be a righteous woman so that I deserve a righteous man . Falling in love with the Lord is the greatest romance , searching for Him is the greatest adventure , finding Him is the greatest achievement , and being with Him is the greatest source of happiness . Allahu Akbar !


STORIES
MEET ME
Stuff
Links

Babe ✿



Credit ✿


Basecode:Myra
Template By :NurAthirah
Re-Editing By :Qaa
Image by :